Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 5 December 2011

Orang yang layak terima zakat

 

 

Golongan yang layak terima zakat tergolong dengan 8 golongan

             Pertama : ialah “al-fuqara” iaitu  orang fakir  tiada upaya untuk bekerja dan tidak mempunyai harta untuk memenuhi keperluan hidup seharian seperti orang tua, orang yang sakit.  @ orang yang bekerja tapi gagal untuk memenuhi 50% drpd keperluan hidup dalam seharian lantaran mempunyai anak yang ramai dll.
              Kedua : ialah golongan “al-masakin”, iaitu orang miskin yang gagal memenuhi keperluannya hidup seharian tapi keperluan hidupnya lebih 50% berjaya dipenuhi. 
            Ketiga : Amil iaitu orang yang dilantik untuk memungut zakat dan mengagihkan zakat kepada yang layak

            Keempat : ialah “ al – mualaf” orang yang baru memeluk islam tapi mengalami masalah kewangan untuk belajar / mendalami ilmu islam, mengalami masalah dalam kehidupan sehariannya.
              Kelima : ialah “al – ar riqab” ialah untuk membebaskan hamba sahaya dari tuannya. Kewujudan hamba ekoran daripada kekalahan dalam peperangan. Orang yang di tawan di anggap hamba.{sekarang hamba tidak wujud lagi}.
      Keenam : ialah “al-gharimun” iaitu orang yang menanggung hutang dalam memenuhi keperluan hidup seperti gagal bayar sewa rumah, air api, gagal bayar hutang makanan seharian kerana ketiadaan kerja / mengalami sakit yang teruk. 
      Ketujuh : fiisabilillah iaitu berjuang pada jalan Allah itu mencakupi kepentingan umum seperti seperti mendirikan sekolah , rumah sakit dan lain lain lagi.
           Kelapan :ialah “ibnu sabil” orang yang keluar daripada kampung bukan tujuan untuk melakukan maksiat. Misalnya orang keluar negeri untuk mencari pekerjaan, 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...