Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 5 December 2011

orang ramai berasak- asak di zoo kerana panda gergasi


 Sepasang panda gergasi dipindahkan dari barat daya China hari ini ke Scotland, menjadi haiwan terancam pertama yang tinggal di Britain dalam tempoh 17 tahun.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, Yang Guang dan Tian Tian tiba di Edinburgh pada pukul 9 malam dan bakal menghabiskan sekurang-kurangnya 10 tahun di sana.
Pasangan panda berusia lapan tahun itu ditemani dua orang penyelidik dari China sepanjang penerbangan dari Chengdu dan mereka akan menjaga panda-panda itu sehingga ia dapat menyesuaikan diri di Zoo Edinburgh.
Yang Guang dan Tian Tian akan menyesuaikan diri di sana untuk tempoh beberapa minggu sebelum ia dipamerkan kepada umum.
Pihak zoo memaklumkan, jualan tiket juga semakin meningkat kerana orang ramai ingin melihat panda.
Zoo Edinburgh membayar kira-kira 750,000 euro (RM3.14 juta) setahun kepada pihak berkuasa China bagi mendapatkan panda-panda itu.
Persetujuan meminjamkan haiwan tersebut diumumkan bulan Januari lalu selepas lima tahun berunding dan pakar-pakar dari Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China akhirnya meluluskan permohonan itu selepas mereka melawat Scotland pada Oktober lalu.
China terkenal dengan cara 'diplomasi panda' iaitu dengan menggunakan beruang terancam itu sebagai hadiah diplomatik kepada negara-negara lain.
Beijing baru-baru ini turut bersetuju meminjamkan dua ekor panda gergasi kepada sebuah zoo di Perancis untuk tempoh 10 tahun bermula awal tahun depan. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...