Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 7 December 2011

Ong Kim Swee Dikurnia pingat DSM selepas bimbing skuad Sukan SEA, Olimpik

Ong Kim Swee



TAHNIAH buat jurulatih skuad bawah 23 negara, Ong Kim Swee yang bakal dikurnia pingat Darjah Seri Melaka kerana jasa dan sumbangan besar mempertahankan pingat emas Sukan SEA serta membimbing skuad Olimpik ke pusingan kelayakan terakhir.
Jasa Kim Swee cukup besar buat negara, apa lagi untuk negeri kelahirannya, Melaka yang kebelakangan ini tidak banyak melahirkan tokoh berwibawa dalam arena bola sepak.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengesahkan pengurniaan pingat itu, semalam menerusi pegawai medianya, Daud Awang. Namun, Ali gagal dihubungi untuk mendapatkan komen.

Apa yang menjadi persoalan, pingat kebesaran itu tidak membawa gelaran Datuk, berbeza dengan Darjah Mulia Seri Melaka yang dikurniakan kepada pelakon Bollywood - Datuk Shah Rukh Khan tiga tahun lalu.

Kim Swee ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima surat penganugerahan berkenaan tetapi enggan mengulas mengenai nilai pingat bakal diterimanya.

“Saya bekerja ikhlas demi bola sepak negara, jika diberi penghargaan saya amat berterima kasih,” katanya.
“Pingat dan gelaran tidak penting, keutamaan saya ialah menyempurnakan tanggungjawab diberi kepada saya sebaik mungkin.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...