Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

Ombak Rindu kutip RM750,000


Baru saja ditayangkan bermula semalam, filem adaptasi novel terkenal, Ombak Rindu, berjaya mencatat kutipan sebanyak RM750,000.
Perkara itu dimaklumkan sendiri pengarahnya, Osman Ali, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian.
"Alhamdulillah, seperti yang diberitahu pihak pawagam, sambutan daripada penonton sangat memberangsangkan pada hari pertama tayangan filem ini, semalam.
"Memang tidak disangka, tiket untuk semua waktu tayangan habis dijual tidak sampai petang sekali gus membuktikan filem ini benar-benar ditunggu-tunggu peminat,"  katanya.
Selain jalan ceritanya yang menarik, Ombak Rindu turut dibintangi barisan pelakon popular masa kini iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani.
Filem ini diadaptasi daripada novel nukilan Fauziah Ashari dan diterbitkan Alaf 21, Kumpulan Media Karangkraf.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...