Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Nik Aziz tidak peduli dakwaan enggan undur akibat tiada pengganti


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak kisah dengan dakwaan menyatakan dirinya tidak mahu bersara daripada politik kerana tiada pemimpin lain boleh menggantikan tempatnya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sehingga kini dirinya masih diperlukan PAS dan beliau akan terus berada dalam politik.
Itu tuduhan dia, orang nak saya, nak buat macam mana, dia tak laku, katanya selepas kuliah Jumaat di sini, semalam.
Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beliau tidak mahu bersara kerana tiada pemimpin lain dalam PAS mampu menggantikan tempatnya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menasihatkannya segera bersara daripada politik memandangkan sudah lama menyandang jawatan berkenaan, Nik Aziz berkata, beliau melawan Dr Mahathir daripada awal sampai akhir.

Saya lawan dia dari awal sampai akhir, nak ikut (bersara) macam mana, siapa suruh dia (Dr Mahathir) berhenti, waktu dia berhenti dulu dia cakap tak boleh pimpin orang Melayu, tak berjaya pimpin orang Melayu.

(Pada waktu itu) saya jawab seorang dan berada di Siam (Thailand), dah mu (kamu) tarik secara songsang, Mahathir tarik orang Melayu secara songsang, orang Melayu beragama Islam, lengkap dalam Islam tiba-tiba dia tolak Islam ikut pandai dia, mana boleh orang Melayu ikut dia, katanya.
Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, kini Dr Mahathir menyebut kepentingan Melayu bersatu, namun pada masa sama beliau mahu tahu apa makna bersatu itu.

Sekarang dia menyebut Melayu (supaya) bersatu, memanglah bersatu, tapi bersatu untuk apa, untuk Melayu atau Islam. Islam datang untuk manusia seluruh dunia, kenapa ungkit (mengenai) orang Melayu ini. Cina akan sedih dan berdendam bila sebut Melayu, Melayu, katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...