Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 6 December 2011

Nelayan mungkin hilang kerjaya.....harga hasil laut bakal dinaikkan



Hasil laut bakal pupus
SIMPANG EMPAT, PERLIS - Malaysia berkemungkinan menghadapi ancaman ketiadaan hasil laut dalam tempoh 50 hingga 100 tahun akan datang sekiranya masyarakat di negara ini khususnya golongan nelayan tidak prihatin menguruskan sumber marin dengan baik.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, beliau tidak menolak kemungkinan situasi berkenaan boleh berlaku berdasarkan kajian dilakukan oleh penyelidik dari Amerika yang meramalkan tiada lagi ikan di lautan menjelang 2048.

Menurutnya, walaupun perkara itu sukar berlaku di Malaysia berikutan keadaan perairan negara ini tidak teruk tercemar dan musnah sebagaimana perairan di negara-negara maju, kemungkinan tetap ada sekiranya semua pihak memandang rendah soal pengurusan sumber marin secara berhemah.

“Kajian yang dilakukan penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) hanya merujuk keadaan perairan di negara mereka memandangkan kebanyakan nelayan mereka menangkap ikan melebihi keperluan semasa dan had sempadan ditetapkan.

“Berbeza dengan perairan laut Malaysia, nelayan negara ini masih menangkap ikan di kawasan perairan yang ditetapkan dan tidak melampaui had sempadan sehingga menyebabkan kerosakan ekosistem lautan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian program keprihatinan pengurusan sumber marin di pejabat Persatuan

Nelayan Kawasan (PNK) Perlis Selatan, Kuala Sungai Baru, di sini semalam.

Majlis yang dirasmikan Exco Pertanian, Sabry Ahmad yang mewakili Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit.

Ahamad Sabki berkata, amat penting pengurusan sumber laut yang berhemah diamalkan oleh nelayan termasuk orang ramai bagi memastikan bekalan ikan terus terjamin.

“Tindakan nelayan yang menangkap ikan di kawasan yang tidak sepatutnya, pengeksploitasi berlebihan perairan laut dan pengguna pukat rawa sorong serta kaedah tangkapan dilarang.

“Menyebabkan ikan kecil turut ditangkap yang akan membantutkan pembiakan dan seterunya mengurangkan kepadatan sumber perikanan itu sendiri,” katanya.

Ahamad Sabki berkata, selain tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak nelayan, pencemaran dan pembuangan sisa buang oleh pihak industri ke laut serta pemanasan global turut menyumbang kerosakan ekosistem kawasan tersebut.

Menurutnya, berdasarkan statistik kepadatan sumber perikanan di perairan negara semakin berkurangan sejak 40 tahun lalu iaitu masing-masing 2.56 tan bagi sekilometer pada 1971 kepada tinggal 0.21 tan per kilometer pada 2007 lalu.

“Justeru, di perairan negara ini kita jarang menemui beberapa spesies laut seperti penyu, ikan lumba-lumba, dugong, ikan layaran, ikan kikir dan banyak lagi yang didapati telah hampir pupus.

“Bagi jabatannya dan kerajaan, penguatkuasaan dan pemuliharaan serta pembiakan ikan terus dipergiatkan untuk memastikan sumber marin tersebut terus terjamin pada masa hadapan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...