Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

Menteri: Siasatan kes NFC masih diteruskan


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan terhadap projek lembu Perbadanan Fitlot Kebangsaan (NFC) masih diteruskan walaupun setakat ini didapati tiada unsur
pecah amanah.

"Hakikat bahawa tiada pecah amanah tidak bermakna kes ditutup. Ia masih berlangsung," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas bertemu pelajar luar negara di ibu negaran, Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Katanya, ia ekoran kedudukan polis di bawah pengawasannya.

"Tidak bertanggungjawab untuk saya mengeluarkan sebarang kenyataan berdasarkan perkara ini," katanya.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata tiada unsur pecah amanah atau penyelewengan dalam isu dana NFC dengan pembelian kondominium mewah di ibu negara.

Khalid dilaporkan berkata siasatan polis setakat ini mendapati tiada elemen pecah amanah.
Namun, katanya, pihak polis masih menyiasat secara keseluruhannya kes ini termasuk ke mana wang atau dana NFC dibelanjakan.

Menurutnya, 74 individu telah sudah panggil untuk diambil keterangan setakat ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...