Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

Marah isteri belasah anak

PENAMPANG: Seorang suami yang berang apabila mendapati isterinya tiada di rumah secara tiba-tiba ‘naik minyak’ apabila membelasah anak lelakinya berusia 11 tahun hingga pengsan selain menetak bapanya dengan pisau dalam kejadian amuk di Kampung Maruntum, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, warga emas, Kamles Jamil, 69, terpaksa menyelamatkan diri dengan terjun ke laut selepas tindakan ganas anaknya berusia 31 itu turut mencederakan dagu mangsa.

Difahamkan, warga emas itu juga terpaksa bersembunyi dengan berendam dalam air lebih 30 minit sebelum keluar mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.
Tindakan kejam supsek menyebabkan mangsa terpaksa menerima lima jahitan di dagu kirinya.

Menurut Kamles, anak lelakinya itu dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah sambil bertanyakan mengenai isterinya sebelum mencari di sekitar kawasan rumah.

“Saya memberitahu yang isterinya tiada di rumah sejak pagi dan tidak tahu destinasinya. Sebaik mendengar jawapan itu, dia tiba-tiba berang sebelum terus memijak dada anak lelakinya sendiri hingga pengsan,” katanya.

Katanya, tidak cukup dengan itu, anak lelakinya itu terus mengambil pisau di dapur lalu melibas ke arahnya selepas gagal ditenangkan.

“Libasan pertama itu terkena dagu menyebabkan saya terus terjun ke laut bagi menyelamatkan diri. Selepas memastikan keadaan reda, baru saya berani keluar lalu terus meminta bantuan jiran supaya dihantar ke hospital,” katanya.
Katanya, selepas menerima rawatan, dia membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.

Difahamkan, isteri mangsa berusia 30-an keluar rumah kerana tidak tahan apabila sering dipukul suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...