Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

Majikan mahu lebih daripada kelayakan akademik

KUALA LUMPUR 3 Dis. — Yang rajin berusaha menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan pada mereka, berfikir di luar kelaziman dalam menyelesaikan masalah dan bekerja dengan tekun merupakan orang yang dicari oleh majikan.
Presiden Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM), Tan Sri Mustafa Mansur berkata, mereka yang mencari pekerjaan dalam ekonomi progresif hari ini perlu mengambil kira yang majikan mahukan lebih daripada kelayakan akademik, kemahiran dan kompetensi.
"Selain daripada itu sikap baik terhadap kerja membezakan lagi seseorang daripada kesemua mereka yang lain,” kata beliau semasa majlis penganugerahan 25 Diploma dan 260 Sijil Pencapaian kepada lulusan Institut FMM di sini, hari ini.
Mustafa yang juga pengerusi Institut FMM berkata, majikan pada hari ini khasnya dalam sektor perkilangan juga bimbang dengan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan tenaga kerja.
Ini merupakan kepincangan serius dalam memperoleh berbilang kemahiran, meningkatkan kemahiran dan produktiviti, menjalankan pelbagai tugas dan mewujudkan tenaga kerja berpengetahuan selaras dengan hasrat Malaysia untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi.
Beliau menyeru para graduan supaya membangunkan kemahiran mereka secara berterusan, sama ada dengan mengambil tanggungjawab baru, atau melalui program-program latihan di institut-institut pendidikan atau latihan.
Mustafa berkata, FMM juga menyeru supaya penekanan yang lebih lagi diberikan terhadap pendidikan vokasional atau teknikal yang menyaksikan kemerosotan dalam bilangan pelajar sejak 2006.

Ini satu tamparan besar kepada negara kerana pelabur tempatan dan asing bergantung kepada mereka dengan kemahiran teknikal dan vokasional.
Institut FMM serta lapan pejabat cawangan FMM dan dua pejabat wakil menjalankan lebih 1,000 program latihan, melatih lebih 17,000 kakitangan setiap tahun. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...