Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 6 December 2011

lagi kes tong gas meletup....awas



Suri rumah maut
KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah maut akibat melecur teruk manakala suaminya cedera di bahagian tangan dan kaki dipercayai selepas dapur gas di rumah mereka di tingkat 15, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak Jaya di sini, meletup semalam.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 1 petang semasa Tutty Suri Yati Abd Manan, 34, dipercayai sedang memasak di ruang dapur rumahnya.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Anuar berkata, wanita itu melecur hampir 80 peratus daripada keseluruhan badan, manakala suaminya melecur di bahagian tangan dan kaki.
 
Beliau berkata, tiga jentera bomba bersama 21 anggota dari balai Setapak, Wangsa Maju dan Jelatek bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.21 petang, dan sebaik tiba, api yang merebak itu sudah dipadamkan orang ramai.
 
Tutty Suri Yaty disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 4.59 petang, manakala suaminya Raja Basir Ali Peer Bux, 56, masih menerima rawatan di hospital berkenaan. 
Raja Basir dipercayai cuba menyelamatkan isterinya selepas mendengar bunyi letupan dan melihat api mula marak di ruang dapur rumah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...