Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 3 December 2011

kata-kata hikmah

-sebarkan kasih sayang, sebarkan bahagia-

Hargai orang di sekelilingmu,
dengan memimpin mereka ke syurga,
sayangi mereka,
dengan membimbing mereka jauh dari neraka.

Isilah hari mereka dengan cinta dan kasih sayang,
dengan kebaikan dan kesenangan jiwa,
dengan kehangatan ukhuwwah dan nasihat di atas jalanNya,

biar nanti saat mereka telah pergi,
engkau boleh berdoa untuk mereka dengan hati yang lega,
dan di akhirat nanti mereka menjadi pembela,
bukan yang mendakwa.
 
Dikatakan :-
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghi lan gkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG
 
•❤•Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat....
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab....
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq....
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat....
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur...."

•❤•Jadi mencintailah hanya kerana ALLAH...menyayangi kerana ALLAH...saling membahagiakan kerana ALLAH kerna hanya ALLAH-lah yang menimbulkan masa cinta,kasih sayang dan kebahagian tersebut....

•❤•Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH....

•❤•"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

•❤•Bila cinta kerana ALLAH S.W.T...
•❤•Berpisah tidak gelisah....
•❤•Bertemu pasti tidak jemu....
•❤•Ukhuwah itu indah....
•❤•Bila beRtemu dan berpisah hanya kerana ALLAH....

•❤•InsyaAllah......
 credit khazinatul asrar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...