Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 8 December 2011

Kami berhak juara lagi: Messi



SEORANG pekerja memanjat tangga untuk menampal poster gergasi Messi di tengah Tokyo, semalam.
SEORANG pekerja memanjat tangga untuk menampal poster gergasi Messi di tengah Tokyo, semalam.
Barcelona jadi pilihan utama ungguli Piala Kelab Dunia bermula semalam

TOYOTA (Jepun): Dengan status pasukan yang dipenuhi pemain bintang, Lionel Messi berasakan Barcelona sepatutnya bergelar juara pada saingan Piala Kelab Dunia 2011 yang bermula, semalam.
Kelab Sepanyol itu kembali beraksi pada kejohanan terbabit selepas dua tahun apabila Messi mengesahkan kejuaraan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menewaskan kelab Argentina, Estudiantes 2-1.
“Kami berada di landasan terbaik untuk muncul juara kali ini. Piala Kelab Dunia adalah kejohanan sangat berprestij dan kami sememangnya mahu memenanginya,” kata Messi.

Saingan bermula, semalam dengan juara Liga Jepun, Kashiwa Reysol bertemu juara Oceania, Auckland City untuk aksi playoff dan pemenang bakal melangkah ke pusingan kedua bertemu juara Concacaf, Monterrey dari Mexico, esok.

Barcelona selaku juara Liga Juara-Juara Eropah dan juara Amerika Selatan, Santos diletakkan sebagai pasukan pilihan dan tidak akan beraksi hinggalah separuh akhir yang bermula 15 Disember ini.

Santos, juara Copa Libertadores berharap mereka dapat menamatkan rekod empat tahun kejuaraan berturut-turut yang dikuasai kelab dari Eropah.
Internacional menjadi kelab terakhir Amerika Selatan yang menjuarai kejohanan itu pada 2006 selepas menewaskan Barcelona pada final.

Saingan Piala Kelab Dunia kembali ke Jepun buat pertama kali sejak 2008 selepas dua edisi diadakan di UAE. – AP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...