Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 5 December 2011

Kain rentang anti MRT dinaikkan di Jalan Sultan

Lebih 20 sepanduk dan kain rentang yang membantah penjajaran aliran transit massa (MRT) melalui kawasan Jalan Petaling Jalan telah dinaikkan sejak pagi semalam.

NONESepanduk dan kain rentang yang berwarna kuning terang mendakwa projek berkenaan sebagai percubaan untuk memusnahkan zon warisan.

Sebahagian besar kain rentang ini membidas hasrat kerajaan untuk merobohkan beberapa bangunan yang terletak dalam laluan projek itu.

Antaranya, memperlihatkan sebuah kereta kebal bergolek di Jalan Sultan dan sebuah kasut but memijak jalan yang sama.

Menurut beberapa pekedai yang ditemuramah oleh Malaysiakini, mereka percaya kain rentang dan sepanduk berkenaan dinaikkan pada awal pagi semalam.

Turut dikesan adalah tiga kain rentang berwarna merah di epanjang Jalan Hang Jebat yang berbunyi: "Selamatkan Jalan Sultan: Warisan KL, Maruah Pusaka Bangsa"

NONEWalau bagaimanapun, satu dari kain rentang itu dicemari dengan mesej yang ditulis dengan pen penanda.

Ia berbunyi: Orang Cina halau orang miskin, dan orang Cina halau orang Islam di semua tempat2. Kita tak perlukan orang Cina. Kita halau orang Cina dan kekalkan Umno. We love our PMs. TQ Allah. [Tandatangan] Umno.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...