Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

JCorp tawar ambil alih QSR, KFCH



RANGKAIAN restoran KFCH sering menjadi tumpuan ramai.
RANGKAIAN restoran KFCH sering menjadi tumpuan ramai.
 
Tubuh Massive Equity beli keseluruhan perniagaan termasuk aset serta liabiliti

JOHOR Corporation (JCorp) menerusi sebuah syarikat tujuan khas (SPV), Massive Equity Sdn Bhd mengemukakan tawaran kepada Lembaga Pengarah QSR Brands Bhd (QSR) dan KFC Holdings (M) Bhd (KFCH) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan, termasuk semua aset serta liabiliti kedua-dua syarikat itu.
Syarikat berkaitan kerajaan negeri Johor itu mengemukakan tawaran bernilai RM4 sesaham bagi KFCH dalam satu urus niaga yang dianggarkan bernilai RM3.2 bilion serta RM6.80 sesaham bagi QSR yang dianggarkan bernilai RM2 bilion.
Pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi gabungan antara ekuiti, pinjaman dan beberapa instrumen pembiayaan lain. - Kenyataan JCorp
Ia adalah tawaran paling tinggi pernah dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk mengambil alih kepentingan kedua-dua syarikat senaraian awam itu dan jika ia menjadi kenyataan, kedua-dua syarikat itu akan dijadikan sebagai syarikat persendirian.

JCorp dalam kenyataannya berkata, harga tawaran KFCH itu adalah 18 peratus lebih tinggi berbanding harga purata kaunter itu dalam tempoh tiga bulan sehingga kelmarin iaitu RM3.38 sesaham.

Sementara itu, harga tawaran QSR pula mewakili 14 peratus premium berdasarkan kiraan serupa iaitu RM5.68 sesaham.

JCorp berkata, tawaran itu akan menyaksikan semua aktiviti perniagaan KFCH dan QSR digabungkan bagi membentuk sebuah kumpulan perniagaan runcit makanan serantau.
Massive Equity adalah SPV yang ditubuhkan di Malaysia dengan 51 peratus ekuiti dimiliki JCorp, manakala baki 49 peratus lagi dimiliki firma ekuiti persendirian antara yang terbesar di dunia, CVC Capital Partners.

“Pengambilalihan itu akan dibiayai menerusi gabungan antara ekuiti, pinjaman dan beberapa instrumen pembiayaan lain yang bakal dicadangkan kelak.

“Jika urus niaga itu menjadi kenyataan, JCorp akan meningkatkan penguasaannya saham dalam KFCH kepada 51 peratus berbanding 17 peratus kini, manakala kepentingan ekuiti dalam QSR akan ditingkatkan daripada 33 peratus kini kepada 51 peratus,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

JCorp berkata, Massive Equity menyarankan KFCH dan QSR melaksanakan satu skim untuk pemegang waran bertujuan membeli balik semua waran tertunggak pada harga RM1 setiap waran KFCH dan RM3.79 setiap waran QSR.

Difahamkan Lembaga pengarah KFCH dan QSR mempunyai tempoh lima hari untuk mengemukakan jawapan ke atas tawaran itu.

Seorang pegawai kanan JCorp berkata, tawaran pengambilalihan itu dikemukakan tepat pada waktunya, berdasarkan keadaan pasaran semasa yang tidak menentu.

“Jika tawaran itu dikemukakan ketika pasaran saham sedang meningkat, kami percaya tiada siapa yang berminat untuk menjual kepentingan dalam syarikat,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...