Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday, 5 December 2011

Janji PRU-12: BN Mungkir janji


Tidak ada sebuah pun daripada enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dijanjikan oleh kerajaan BN pada pilihan raya umum 2008 yang telah siap dibina, manakala hanya satu yang sedang dalam pembinaan selepas lebih tiga tahun berlalu.

Rasa tidak puas hati itu antara 15 isu yang meliputi 43 kehendak yang disuarakan menerusi satu memorandum daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), iaitu Dong Jiao Zong (DJZ) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

azlanDalam memorandum itu, DJZ juga meluahkan rasa tidak puas hati sekolah-sekolah aliran bahasa Cina dan bahasa Tamil yang mendakwa menghadapi layanan yang tidak adil selama ini, terutamanya berhubung masalah perguruan, peruntukan wang dan pembinaan sekolah.

“Pada tahun 1999 hingga 2008, kerajaan telah meluluskan pembinaan 16 buah SJKC baru dan perpindahan 75 buah SJKC sedia ada.

“Sehingga 15 Julai 2011, hanya lapan buah SJKC baru dan 54 SJKC yang dipindah siap dibina. Kini, terdapat tiga buah SJKC baru masih dalam pembinaan, manakala pembinaan lima buah SJKC baru masih belum dimulakan. Selain itu, terdapat 21 buah SJKC yang dipindah berkenaan masih belum siap dibina,” petik memorandum itu.
Terpaksa kutip derma

Menurut DJZ, pada setiap Rancangan Malaysia, kerajaan telah membina banyak Sekolah Kebangsaan mengikut keperluan pembangunan, akan tetapi, kerajaan tidak membina SJKC yang mencukupi.

“Sehingga kini, kerajaan masih tidak mengumumkan bilangan SJKC baru yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (Tahun 2011-2015).

damansara school open 030107 new pupils“Selain itu, maklumat berkenaan tempat pembinaan SJKC baru, peruntukan pembangunan, agihan tanah rizab sekolah dan jadual waktu pembinaan sekolah juga tidak diumumkan,” petik memorandum itu.

Menurut DJZ, peruntukan pembangunan yang diagihkan oleh kerajaan kepada SJKC juga adalah tidak adil dan tidak mencukupi.

“Ini menyebabkan SJKC perlu mengutip derma daripada masyarakat bagi menampung perbelanjaan pembinaan dan penyelenggaraan sekolah dan sebagainya.

“Selain itu, terdapat juga SJKC yang membuat permohonan kerusi meja tidak diluluskan atau menghadapi pelbagai rintangan, sehingga terpaksa meminta Sekolah Kebangsaan memberi kerusi meja yang berlebihan kepada SJKC,” petik memorandum itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...