Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday, 3 December 2011

Minyak dan harga barang-barang akan turun jika PR menang

Turunkan harga minyak

Minyak
BATANG KALI – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janji beliau akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambil alih peme­rintahan negara.

“Saya berani ulang... hari ini menang (Pilihan Raya Umum Ke-13), esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun,” katanya ketika berucap di hadapan 700 penyokong PR di Dewan Dato’ Abdul Hamid di sini, malam kelmarin.
Anwar, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya keuntungan hasil minyak negara yang dianggar berjumlah RM90 juta setahun untuk melaksanakan janji tersebut.
“Jangan kata Anwar bodoh ekonomi, Anwar tak reti, Anwar pembohong. Saya nak sebut di sini saya sanggup lakukan kerana bila harga minyak turun harga pengangkutan awam turun, jadi boleh kawal (harga barang),” katanya.
Beliau berucap pada program Ceramah Perdana Malaysia Tanpa Umno yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin dan Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.
Anwar berkata, sekiranya PR menang pada PRU13, Parlimen Hulu Selangor akan diambil kembali dan Dun PR akan menjadi lebih kuat.
“Mereka (Umno) akan guna habis kuasa Melayu. Itu saja modalnya,” katanya.
Beliau mendakwa, Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan pengaruh politiknya dan tidak mustahil beliau akan dipenjarakan sekali lagi.
Katanya, jika beliau dimasukkan ke penjara, kemenangan lebih besar akan berlaku (untuk PR).
“Kalau ditakdirkan rakyat sedar, Anwar di luar pun insya-Allah kita menang, Anwar di dalam (penjara) lagi besar kita menang,” katanya, disambut dengan sorakan hadirin.
Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Makan Malam Mesra Rakyat bersama kira-kira 1,000 masyarakat Tiung Hua di Hulu Yam.
Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Anwar mengajak penyokongnya menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Beliau mengajak rakyat supaya menyelamatkan Selangor dan Malaysia dan sekali lagi melahirkan keyakinan untuk menawan Putrajaya pada PRU13.
Beliau optimis untuk meningkatkan sokongan rakyat daripada 51 peratus pada PRU 2008 kepada sekurang-kurangnya 55 peratus pada PRU13.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...