Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 5 December 2011

Jalan Maut di Hulu Selangor telah ragut 26 nyawa

Nyala lampu ketika lalu Bukit Tagar

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy
HULU SELANGOR - Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memasang lampu dan isyarat kecemasan kenderaan sekiranya memandu dalam keadaan hujan lebat di kawasan Lebuhraya Utara Selatan (KM 393-436), Bukit Tagar. 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy berkata, itu sebagai langkah berhati-hati ketika melalui kawasan yang berisiko berlaku kemalangan itu berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang.
“Apabila hujan lebat, jalan menjadi licin akibat air banyak berada di atas jalan raya. Pemandu juga dinasihatkan supaya memegang stereng dengan kukuh dan tidak panik ketika memandu dalam hujan lebat di sekitar kawasan itu,” katanya.
 
Norel Azmi berkata, nasihat beliau itu memandangkan sekarang ini musim hujan dan pihaknya berharap supaya pengguna jalan raya bersama-sama membantu mengurangkan kemalangan berlaku di situ.
“Berdasarkan statistik kemalangan bagi Januari hingga November tahun ini, sebanyak 26 kemalangan maut berlaku di kawasan tersebut.
“Faktor cuaca seperti hujan lebat dikenal pasti salah satu punca kemalangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...