Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday, 3 December 2011

"Rasuah dalam negara makin teruk " TI


DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1“Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan ‘double-standards’ dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah “subjektif” dan “boleh dipersoal”.  Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

“Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?

azlan“Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?” soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila “kerajaan BN memuji diri”  kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

“Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius,” katanya.

husni eon bank function 120310 ahmad husniMenurut Lim, keengganan seorang “pakar ekonomi yang terpelajar” seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Dalam laporan TI,  CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...