Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

Hoki: Malaysia hampiri sasaran


FAIZAL Saari meletakkan Malaysia di landasan tepat untuk menepati sasaran kelompok lima terbaik di kejohanan hoki Cabaran Juara-Juara di Johannesburg, Afrika Selatan apabila meledak dua gol untuk memastikan kemenangan 2-1 ke atas Jepun, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, anak buah Tai Beng Hai bakal bertarung di perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam bertemu sama ada Poland ataupun Kanada manakala Jepun bersaing bagi penentuan tempat ketujuh dan kelapan, esok.
Biarpun dikejutkan dengan gol awal pasukan ranking ke-15 dunia itu menerusi Kazuyuki Ozawa pada minit ke-24, skuad negara bangkit sekalipun diasak Jepun yang bermain secara agresif terutama di babak kedua.
Faizal yang beraksi bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Liga Hoki Malaysia (LHM), menyamakan kedudukan pada minit ke-53 sebelum menewaskan penjaga gol lawan, Katsuya Takase kali kedua pada minit ke-58.

Kelmarin, Malaysia terlepas peluang ke separuh akhir selepas tunduk kepada India 5-4 walaupun mendahului 4-2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...