Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 7 December 2011

Harga barangan dapur naik mendadak


Harga barang dapur kini merunsingkan kita terutama sekali kepada kaum ibu kerana harga barang basah naik mendadak setiap hari di mana berkemungkinan suatu hari nanti ikan kembong, sotong, udang dan ketam tidak lagi menjadi menu harian kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Kalau gaji RM1000 dengan tanggungan keluarga seramai 6 orang bagaimana hendak menempuh kehidupan yang sempurna jika sekiranya dengan pendapatan RM1000 itu sahajalah jadi penyambung nyawa seisi keluarga.

Bayangkan untuk bayar sewa rumah yang paling murah mungkin rumah setinggan adalah tidak kurang daripada RM200.

Perbelanjaan sekolah anak-anak apabila dicampurkan tambang dan wang saku mereka tidak kurang RM5 seorang mesti disediakan jika tidak mahu melihat mereka belajar dalam keadaan kelaparan hingga ke petang.

Ikan kembong kini RM15 sekilo, sotong RM22 sekilo, udang pula RM22 sekilo dan ketam sudah mencecah harganya RM25.00 sekilo.

Bagaimana 5 tahun akan datang? tidakkah nanti harga ikan kembong akan mencecah RM30 dan sotong mungkin RM40 sekilo dan kemungkinan-kemungkinan ramalan sebegini tidak mustahil akan berlaku kerana sebelum ini pun telah pun menjadi kenyataan.

Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sebegini mengeluh pendam dalam diam dan menjadi tradisi mereka ini tidak mahu menunjukkan kesusahan apatah lagi mengadukan nasib kepada orang luar dari lingkungan keluarga mungkin kerana menjaga maruah diri dan kerana tabah dan mungkin kerana keberkatan hasil pendapatan yang halal itu dapat mengharungi hidup dengan tenang dan rasa bersyukur apa yang ada tetapi nasib mereka ini sepatutnya terbela dan diambil perhatian sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...