Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

Hafiz mara ke separuh akhir Terbuka Macau


SELEPAS berehat panjang menyambut kelahiran anak kedua, Muhd Hafiz Hashim melangkah lebih jauh apabila mara ke separuh akhir Terbuka Macau.
Hafiz yang ketinggalan 9-12 kepada Kenichi Tago dari Jepun pada set pertama mula mengorak langkah mengikat kedudukan 12-12 sebelum menang 21-14.

Set kedua lebih sengit namun Hafiz enggan terlepas peluang keemasan memburu kejuaraan yang sudah terlalu lama menjauhinya apabila menamatkan permainan 21-19.
Di separuh akhir hari ini Hafiz dijangka berdepan bekas juara Olimpik, Taufik Hidayat dari Indonesia.

Hasrat untuk melihat dua lagi wakil negara Mohd Lutfi Zaim-Vountus Indra Mawan dalam acara beregu lelaki dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei (beregu wanita) ke separuh akhir berkecai selepas kedua-duanya gagal mengatasi lawan dari Korea.

Lutfi-Vountus menjadi mangsa terbaru pilihan utama, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong yang sebelum itu turut menyingkirkan pasangan negara, Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...