Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 11 December 2011

Gosip bola tempatan

  • TERENGGANU memerlukan sekurang-kurangnya RM5 juta untuk menghadapi musim baru Liga Super yang bakal bermula 10 Januari tahun depan.Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh, bajet RM3.5 juta sudah tidak lagi mencukupi memandangkan Penyu kini layak untuk bertanding dalam Kejuaraan Piala AFC buat kali pertama.Terengganu diundi untuk bersaing dalam kumpulan F bersama kelab Tampines Rovers dari Singapura, Kitchee (Hong Kong) dan Song lam Nghe An (Vietnam) via Ubola Network
     
    •  
      Mohd. Ashaari Samsudin atau lebih dikenali dengan panggilan 'Saha' menggondol tiga daripada tujuh anugerah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kelmarin.
      Penyerang tengah itu diiktiraf sebagai pemain skuad Penyu paling bernilai dengan kemahiran dan ketangkasan beraksi sepanjang Liga Malaysia musim lalu menerusi Anugerah Terbilang.
      Selain itu, dia juga menerima Anugerah Setia Tempatan yang diberikan kepada anak negeri yang kekal bersama skuad penyu sejak tahun 2004.
      Anugerah yang sama turut dikongsi dua lagi anak tempatan, iaitu penjaga gol, Mohd. Sharbinee Allawee dan penyerang berbisa, Abdul Manaf Mamat yang mula beraksi pada 2005.
      Ashaari turut berkongsi Anugerah Perkasa, iaitu anugerah yang diberikan kepada pemain yang beraksi paling lama di atas padang bersama empat lagi pemain iaitu Sharbinee, Reeshafiq Alwi, Abdul Hadi Yahya dan kapten, Mazuki Yusof.
      Mazuki juga menggondol Anugerah Juragan iaitu pemain yang mempunyai sifat kepimpinan dalam pasukan, manakala Abdul Manaf diiktiraf sebagai penerima Anugerah Nelang selepas beraksi cemerlang ketika menentang Kelantan di suku akhir Piala Malaysia biarpun baru kematian bapanya.
      Turut menerima anugerah pemain skuad Sukan SEA, Zubir Azmi (Anugerah Pemain Harapan) dan empat pemain luar iaitu Mazlizam Mohamad, Joseph Kalang Tie, Abdul Hadi dan Reeshafiq menerusi Anugerah Setia Luar.
      Pada majlis yang sama, PBSNT turut mengagihkan insentif kepada 23 pemain yang membawa Terengganu muncul naib juara Piala Malaysia yang lalu.
      Menurut Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh wang itu diberikan mengikut masa dan kekerapan seseorang pemain itu beraksi. - Utusan Malaysia
      •  
        Senarai pemain import pasukan liga Malaysia 2012:-

        T-Team
        1)Zacharia Simukonda (Zambia)
        2)Bojan Petric (Bosnia and Herzegovina)

        Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
        1)Bruno Martelotto (Argentina)
        2)Marlon Alex James (St Vincent and the Grenadines)

        Negeri Sembilan
        1)Marquem Goncalves Ferreira (Brazil)
        2)Jean Emmanuel Effa Owona (Cameroon)

        Kuala Lumpur
        1)Ayo Hassan Raimi (Nigeria)
        2)Mehdi Tagawa (Tunisia)

        Selangor
        1)Ramez Dayoub (Lebanon)
        2)Lelo Mbele (DR Congo)

        Sime Darby FC
        1)Patrick Wleh (Liberia)
        2)Sengbhah Veron(Liberia)

        Perlis
        1)Lamin Conteh

        Terengganu
        1)Tercio Nunes (Brazil)
        2)Muhammadou Suamarez (Gambia)

        Kelantan
        1)Emmanuel Okine (Ghana)
        2)Denny Antwi (Ghana)
        3)Mohamad Ghaddar (Lebanon)
        4)Zakaria Charara (Lebanon)

        Perak
        1)Lazar Popovic (Serbia)
        2)Michal Kubala (Slovakia)

        Kedah
        1)Daniel Soares Neves (Brazil)
        2)Danilo Rafael dos Santos Vivaldo (Brazil)

        Sabah
        1)Brendan Gan (Australia)
        2)Michael Baird (Australia)

        Sarawak
        1)Kalle Sone (Cameroon)
        2)Guy Bwele (Cameroon)

        Johor FC
        1)Tito Fernando Da Silva(Brazil)
        2)Tiago Lima Leal(Brazil)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...