Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 7 December 2011

Fitnah Ummi Hafilda: Syarikat Prema diperintah bayar RM50,000


PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Syarikat Prema membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Ummi Hafilda Ali kerana memfitnah ahli perniagaan itu melalui rencana yang disiarkan dalam akhbar Harakah, 12 tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Sulaiman Daud yang bersidang bersama Hakim Datuk Ramly Ali dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad sebulat suara membenarkan sebahagian rayuan syarikat kilang cetak tersebut iaitu terhadap jumlah ganti rugi.
Dengan keputusan itu, sidang berkenaan mengurangkan separuh daripada jumlah asal ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 Jun 2006.
Bagaimanapun, Ummi Hafilda tetap mendapat ganti rugi am berjumlah RM150,000 selepas tiga pihak lain yang dinamakan sebagai defendan-defendan dalam kes saman tersebut kekal diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM100,00.
Ini kerana ketiga-tiga defendan tersebut iaitu Pas, bekas pemegang permit Harakah, Halim Arshat dan bekas Ketua Pengarang akhbar itu, Mustapha Ali setakat ini tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...