Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 13 December 2011

Final Masters Siri Super di Liuzhou, China.



pix_gal0
Pertahan status ‘Raja’ Masters Siri Super dan ranking nombor satu dunia

JAGUH perseorangan negara, Lee Chong Wei harus menggalas dua misi penting dalam Final Masters Siri Super di Liuzhou, China, bermula esok.

Selain perlu mempertahankan status sebagai ‘Raja’ Masters Siri Super buat kali keempat, dia juga perlu memastikan gelaran pemain nombor satu dunia yang disandangnya sejak empat tahun lalu, tidak terlucut dari genggaman.
Ini kerana kedudukannya kini bukan saja mampu diancam musuh tradisi, Lin Dan, tetapi juga seteru baru, Cheng Long, kedua-duanya dari China.
Berdasarkan ranking terbaru, Chong Wei yang mengumpul enam gelaran tahun ini kini menghimpun 99,147 mata tetapi diekori rapat juara dunia dan Olimpik ‘Superdan” yang menghimpun 88,646 mata, manakala Chen Long di tangga ketiga dengan 81,690 mata .

Sebelum ini, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tidak menawarkan mata ranking dalam kejohanan berstatus lima bintang pada 2008 dan 2009 sebelum mengubahnya tahun lalu dengan juara memperoleh 11,000 mata, manakala naib juara 9,350 dan tempat ketiga dan keempat 7,700.

“Saya sedar ancaman Lin Dan dan Cheng Long itu, tetapi saya akan cuba pastikan gelaran pemain nombor satu dunia sejak empat tahun lalu tidak terlepas. Apatah lagi, ini adalah kejohanan terakhir musim ini.

“Jadi, saya akan cuba meraih seberapa banyak mata bagi memastikan ranking saya tidak terancam. Lagipun, ranking penting dalam saya merangka strategi terbaik untuk menghadapi Sukan Olimpik tahun depan,” katanya.
Hanya lapan pemain terbaik dunia terpilih beraksi dalam kejohanan lima bintang itu yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$500,000 (RM1.5 juta) dengan Lin Dan tampil beraksi buat pertama kali selepas tidak berbuat demikian sejak ia diperkenalkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...