Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Emas mampu jadi jaminan masa depan

SEMPENA 2011 yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, Habib Jewels akan mengadakan jualan akhir tahun sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pelanggan setianya.
Ia juga sempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat itu dari 23 hingga 26 Disember ini. Istimewanya, pada 23 Disember akan diadakan jualan larut malam di ibu pejabat Habib Jewels di Ampang Point, Kuala Lumpur, dari jam 10.30 pagi hingga 12 tengah malam.

Sempena jualan istimewa itu, 100 pelanggan pertama berpeluang memiliki loket emas berharga RM88 dan sepasang subang mutiara pada harga RM48 saja.

Menurut Meer, jualan cuci gudang kali ini adalah yang terbesar pernah diadakan.


“Setiap tahun Habib akan buat jualan akhir tahun sebagai hadiah kepada pelanggan. Mereka akan dapat menikmati potongan sehingga 70 peratus untuk barang kemas berlian dan batu permata.

“Kami turut memberi potongan RM8 hingga RM20 bagi satu gram emas 916, selain pembeli berpeluang memenangi jongkong emas dan barangan eksklusif Habib dalam cabutan bertuah dengan sebarang pembelian bernilai RM500 ke atas dalam satu resit,” katanya yang berharap pelanggan tidak akan melepaskan peluang ini.

Hasil jualan cuci gudang berkenaan akan didermakan ke Yayasan Habib bagi membantu golongan kurang bernasib baik dan memerlukan.

Pelanggan turut berpeluang mendapat hadiah percuma dengan pembelian bernilai RM2,000 ke atas dalam satu resit.

Ditanya mengenai trend terkini masyarakat yang lebih gemar menyimpan emas di bank berbanding wang disebabkan potensi tinggi pada masa depan, Meer mengakui hakikat itu.

“Harga emas sememangnya tinggi dan akan terus naik setiap masa. Sekarang adalah masa terbaik menjadikan emas sebagai pelaburan menguntungkan kerana ia boleh dijadikan jaminan masa depan.

“Penggemar barang kemas, berlian mahupun permata wajar memanfaatkan kesempatan ini untuk memiliki barang kegemaran mereka kerana harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga sebenar,” kata anak keempat daripada lima beradik itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...