Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 5 December 2011

calon Presiden dituduh gangguan seksual dan hubungan sulit



PENYOKONG calon Presiden Parti Republikan, Herman Cain memerhati penuh minat ucapan pemimpin mereka ketika beliau mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut dan menghentikan kempen pilihan raya di ibu pejabatnya di Atlanta, kelmarin. – AFP


Calon Presiden dari Parti Republikan, Herman Cain semalam mengumumkan akan menarik diri daripada bertanding selepas berdepan dengan tuduhan melakukan gangguan seksual dan menjalin hubungan sulit.
“Saya akan menghentikan kempen Presiden saya bermula hari ini,” katanya dalam satu ucapan di televisyen.
Cain menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan menegaskan sebab utama beliau menarik diri adalah kerana tuduhan itu telah menyebabkan kesan buruk kepada keluarganya.
Menurutnya, tuduhan palsu itu telah memesongkan keupayaannya untuk menyediakan penyelesaian kepada rakyat Amerika dan mewujudkan keraguan kepada kempennya.
“Tuduhan itu tidak benar. Saya masih percayakan Tuhan dan saya hidup bahagia dengan isteri saya dan dia juga begitu,” ujarnya.
Cain turut memberitahu beliau akan terus aktif dalam politik, tetapi tidak memberikan butiran terperinci.
Sejak memulakan kempen Presiden, beliau diserang dengan pelbagai tuduhan termasuk dituduh melakukan gangguan seksual oleh empat wanita ketika beliau menjadi ketua Pertubuhan Restoran Kebangsaan pada 1990-an.
Minggu lalu, seorang wanita pula mendakwa menjalin hubungan sulit selama 13 tahun dengannya, tetapi Cain dalam wawancara di CNN menafikan tuduhan itu dan menegaskan akan terus bertanding.
Popularitinya dalam tinjauan pendapat bagaimanapun menurun sejak tuduhan itu tercetus bulan lalu. – dpa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...