Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 8 December 2011

Bukan sebuah masjid yang dibina PAS...banyak



KOTA BHARU - “Saya tidak sebut Masjid Beijing satu-satunya masjid dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri di Kelantan. Ini sudah jauh menyimpang,” Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.
 
Beliau yang juga Timbalan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan Kerajaan Negeri tidak membina masjid sebaliknya menegaskan konsep Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan rakyat turut serta membuat amal jariah dengan membangunkan bersama rumah Allah itu.
 
“Saya sebut masjid Masjid Bejing dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri membabitkan kos kira-kira RM9 juta tanpa melibatkan sumbangan pihak lain. Masjid Sultan Ismail Petra di Kubang Kerian disiapkan kerajaan sekarang selepas terbengkalai begitu lama di bawah kerajaan dahulu. Selain itu Kerajaan Negeri membina Masjid Jubli Perak ada di Pulai Chondong, Paloh dan Lojing. Masjid Kota Darulnaim, Masjid Baarah dan banyak lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.
 
Semalam sebuah akhbar melaporkan kenyataan Fatah yang mendakwa Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.
 
Fatah yang juga Yang Dipertua Pas Rantau Panjang meluahkan rasa kesal di atas laporan terbabit yang jelas menyimpang daripada maksud asal.
 
“Namun bagi saya ia perkara biasa menjelang pilihan raya, akan ada lagi perkara yang tidak kita jangka, semua orang mahu serang Kelantan, “ katanya.
 
Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, laporan yang dibuat tidak tepat jelas mahu menggugat kewibawaan kerajaan Kelantan.
 
”Konsep yang ditekankan di Kelantan memastikan rakyat juga mengambil bahagian dalam pembinaan masjid, bagi memastikan mereka juga ada saham di akhirat. Apa yang lebih penting mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah dan majlis-majlis ilmu,” katanya.
 
Beliau juga berkata, Lajnah Penerangan Pas Kelantan menerbit risalah khas dikenali sebagai Purnama yang membuatkan pelbagai isu semasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...