Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Boleh tegur suami

KUALA LUMPUR: “Sebagai isteri, tak kira sama ada yang pertama atau berikutnya, kita bertanggungjawab menegur perbuatan suami yang menyalahi hukum agama. Jika habis ikhtiar, dibolehkan menuntut fasakh dengan menjadikan mahkamah sebagai timbang taranya.
“Kadangkala pesan orang tua ada betulnya. Mereka pernah berpesan supaya berhati-hati dengan perasaan ketika bercinta kerana semuanya manis.

“Mungkin juga kita tidak tahu bagaimana kehidupan kita selepas berkahwin kerana belum melaluinya,” kata pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmud al Hafiz.
Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai rintihan seorang Datin yang hidup merana selepas diabaikan suaminya yang juga kasanova serta gemar merakam aksi terlarang bersama pasangannya biarpun sudah berumah tangga.

Rina, 38, turut mendedahkan suaminya tidak mengambil tahu soal rumahtangga mereka dan paling menyedihkan, lelaki berpangkat Datuk itu turut berbohong mengenai status perkahwinan ketiganya selepas mendapat kiriman gambar persandingan daripada seseorang.

Akibatnya, hidupnya menjadi tertekan dan beberapa kali memohon cerai daripada suami tetapi tidak diendahkan, malah ahli perniagaan itu secara bersahaja memintanya menerima keadaan dengan hati terbuka.

Menurut Hassan, menjadi tanggungjawab suami untuk memberikan perlindungan, kasih sayang dan nafkah zahir serta batin kepada pasangan, apatah lagi jika mengamalkan poligami, kerana syarat utama dituntut ialah bersikap adil kepada semua isteri.

“Banyak kes seperti ini berlaku di dalam masyarakat kita. Ada yang menjadi mangsa keadaan, ada juga yang terlalu mengikut nafsu dan memilih individu berkedudukan dengan harapan akan hidup mewah selepas itu.
“Ini semua perlu diambil kira sebelum membuat keputusan dan dalam kes ini, sewajarnya Datin berkenaan merujuk kes itu ke mahkamah bagi mencari jalan terbaik menyelesaikannya.

“Paling baik, selamatkan dulu rumahtangga, jika tidak boleh, baru berpisah dengan cara elok,” katanya ketika dihubungi, semalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...