Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 11 December 2011

Berpuasa

Semua orang mengetahui tentang pengertian puasa. Secara ringkas, puasa adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh. Semua ini telah dinyatakan dalam al-Quran. Semua orang tahu tegahan-tegahan ini. Masyarakat Arab pada permulaan zaman Rasulullah telah memahaminya dan tidak perlu kepada makna atau pengertian yang lebih mendalam. Dan semua orang mengetahui hikmat puasa yang paling utama adalah melahirkan perhambaan diri kepada Allah dengan meninggalkan syahwat badan demi mendapat keredaan Allah.
Rasulullah telah bersabda dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud: Tiap-tiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuk dirinya sendiri melainkan puasa. Sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku. Aku akan memberi pahala kepadanya kerana meninggalkan makan, minum dan syahwat kerana-Ku. (Riwayat Bukhari)
Suntikan itu ada beberapa jenis. Menggunakan minyak, mengikut adat dan dari segi bahasa tidaklah dinamakan makan dan minum. Tidak perlu berbuka puasa kerana ia tidak termasuk perkara yang dimaksudkan syarak.
Firman Allah: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan Dia tidak menghendaki kepayahan bagimu. (al-Baqarah: 185)
Ibnu Hazam berkata: “Menggunakan suntikan atau ubat yang disedutkan ke dalam, menitiskan ubat ke dalam telinga, saluran kencing, atau pun memasukkan air ke dalam hidung dan sampai ke kerongkong tidak mencacatkan puasa. Begitu juga dengan berkumur-kumur hingga tertelan tanpa sengaja. Juga tidak cacat puasa dengan sebab bercelak. Tepung, debu, inai, minyak wangi, peria, lalat dan ubat daripada tumbuh-tumbuhan atau seumpamanya juga tidak membatalkan puasa.”
Ibnu Hazam berhujah dengan katanya: “Sesungguhnya apa yang ditegah Allah adalah makan, minum, bersetubuh, muntah dengan sengaja dan melakukan maksiat. Kami tidak tahu makan dan minum macam mana yang melalui dubur, saluran kencing, telinga, mata, hidung atau tempat luka di perut atau di kepala. Kami tidak ditegah daripada perkara yang sampai ke perut, selain makan dan minum, selagi mana tidak haram ke atas kami untuk menyampaikannya.”
Ibnu Taimiah, ketika menjelaskan tentang bercelak, suntikan, menitiskan ubat ke saluran kencing atau menggunakan ubat hingga sampai ke dalam perut melalui rawatan luka dan sebagainya, berkata:
“Yang nyata ialah semua itu tidak membatalkan puasa. Puasa mempunyai pengertian yang khusus dan umum. Jika Allah mengharamkan semua ini dan ia merosakkan puasa, nescaya Rasulullah telah menerangkannya kepada sahabat dan telah disampaikan kepada umatnya sebagaimana baginda menyampaikan semua syariat Allah kepada manusia. Tidak ada seseorang ulama pun yang meriwayatkannya daripada Nabi sama ada dalam hadis sahih, daif, musnad atau mursal.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...