Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 15 December 2011

bapa Dipenjara gara-gara curi satu tin susu tepung



ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki berusia 28 tahun mencuri satu tin susu tepung berharga RM64.90, mengundang padah setelah dia dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar, semalam.

Mohd Yusoff Yaacob didakwa mencuri satu tin susu tepung jenis Frisolac seberat RM500 gram kira-kira jam 10.10 pagi, 11 Disember lalu, di kawasan Pasaraya Bilion, Jalan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar.

Mohd Yusoff didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Majistret Mohd Azahar Hamzah membuat keputusan itu selepas Mohd Yusoff didapati bersalah dan disabit dengan pertuduhan.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari serta denda RM500, atau bakal berdepan dengan hukuman sebulan penjara jika gagal membayar denda ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, Mohd Yusoff dalam rayuannya meminta dikenakan hukuman yang ringan atas alasan perlu menyara ibunya yang lumpuh serta menanggung adik-adiknya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd Nor manakala Mohd Yusoff tidak diwakili peguam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...