Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 3 December 2011

Bagaimana tanda tanda mahu mati

 Banyak kali kita dengar perubahan mendadak orang tersayang akan menunjukkan tindak laku di luar tingkah laku kebiasaan sebelum  pergi meninggalkan kita . Seperti :
  • pendiam padahal sebelum ini ramah
  • ramah padahal  sebelum ini pendiam
  • ingin bermanja dengan kita sampai rimas dibuatnya. Ia terjadi di kalangan kanak dan juga dewasa
  • berperangai pelik seperti tak bercakap , murung , suka senyum sorang- sorang, ramah yang pelik dll
Itu pun dapat dikesan setelah seseorang itu telah pergi mengadap Allah.

 Adapun tanda- tanda sebenar kematian adalah seperti berikut:

 Tanda 100 Hari Mahu Meninggal...

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang
dikehendakinya.

Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat
tanda ini cuma saja mereka sedar atau tidak.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh ia itu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru saja
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti,
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan
berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda mati,
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita
sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka
yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa
sembarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


"Tanda 40 hari sebelum hari mati"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut- denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok
yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan
mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung
seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi
kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


"Tanda 7 hari"
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka
yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera
untuk makan.

"Tanda 3 hari"
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"Tanda 1 hari"
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan
merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak
akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


"Tanda akhir"
Akan terjadi keadaan di mana kita akan merasakan sejuk
di bahagian pusat dan rasa itu akan turun ke pinggang
dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
Syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...