Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 14 December 2011

ASMB lebih yakin dana syariah

Beralih dana syariah



RASMI...Mohd Shafie (tiga dari kiri) melancarkan  ASM Syariah, semalam.
RASMI...Mohd Shafie (tiga dari kiri) melancarkan ASM Syariah, semalam
AMANAH Saham Mara Investment Services Berhad (ASM Investment) iaitu anak syarikat Amanah Saham Mara Berhad (ASMB) menyasarkan akan menukar semua dana konvensionalnya kepada dana syariah menjelang akhir 2013.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Mohamed Zaki Nik Yusof berkata, langkah itu bagi melengkapkan ASM Invesment sebagai sebuah syarikat pengurusan dana dan aset berlandaskan syariah sepenuhnya.

Menurutnya, sehingga kini syarikat terbabit sudah mempunyai tujuh dana konvensional dan sekiranya ia ditukar kepada syariah perlu menghadapi pelbagai proses.
“Proses ini termasuk mendapatkan kelulusan pemegang unit amanah dan Suruhanjaya Sekuriti. Justeru, kita akan memulakan proses itu bermula tahun depan dan menjangkakan tempoh dua tahun untuk menukar dana konvensional itu kepada syariah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran ASM Syariah Capital Protected Sector Linked Fund dan Program Transformasi ASMB 2011-2015, di Hotel Marriot, Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyempurnakan majlis pelancaran itu.

ASM Syariah itu dibuka untuk langganan harga 50 sen seunit dengan saiz dana yang ditawarkan sebanyak 500 juta unit atau RM250 juta.

Ia dibuka untuk pelaburan selama 45 hari bermula 29 November hingga 12 Januari depan dan selepas tarikh itu ia tidak lagi diniagakan hingga tempoh matang selama tiga tahun.

Nik Mohamed Zaki berkata, dana perlindungan modal berlandaskan syariah itu sudah dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman selepas pihaknya menjalankan kajian pasaran serta meninjau kecenderungan pelabur termasuk daripada sektor korporat.
“Hasil daripada kajian yang dilakukan, dana syariah dapat dibangunkan dengan tempoh matang selama tiga tahun yang mengimbangi antara keperluan modal dan pulangan,” katanya.

Katanya, dana tertutup itu mempunyai komposisi aset iaitu maksimum sehingga 92 peratus daripada nilai aset bersih akan dilaburkan dalam instrumen Deposit Islam Boleh Niaga (INID).

“Selebihnya akan dilaburkan dalam ekuiti berlandaskan syariah. Manakala, pelaburan pula tertumpu kepada syarikat peneraju sektor di bawah aktiviti ekonomi utama nasional (National Key Economic Area),” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...