Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

Anak Najib letak jawatan, saham Harvest Court junam


November 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Nov — Saham Harvest Court Industries Bhd menjunam berikutan muncul berita bahawa anak Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin Mohd Najib telah meletakkan jawatan semalam sebagaiR Pengarah Bukan Eksekutif syarikat itu.
Mohd Nazifuddin memiliki 3.982 juta saham Harvest Court.
Sehingga pukul 9.55 pagi tadi, kaunter itu turun 42 sen kepada 98 sen dan muncul kaunter paling rugi, lapor Bernama Online.
Pada 15 November, Bursa Malaysia Securities menggantung dagangan kaunter itu sambil menyatakan sekuriti Harvest Court Industries dan waran Harvest Court Industries dijadikan sekuriti bertanda berkuat kuasa 16 November berikutan spekulasi berlebihan di dalam dagangan kedua-dua sekuriti itu.
Dengan penandaan itu, dagangan kaunter itu dibenarkan tetapi perlu membuat bayaran awal sebelum membeli dan baki sekuriti yang tidak terikat sebelum pelupusan dilakukan.
Semalam, kaunter itu ditutup meningkat 4.0 sen kepada RM1.40.
Harvest Court mengendalikan empat segmen, iaitu pengeluaran produk kayu, pembinaan, pembangunan hartanah dan pegangan pelaburan dan lain-lain.


sumber : the malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...