Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday, 15 December 2011

Aliran wang haram cecah RM150b pada 2009


Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.

Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).

azlanPada Januari, GFI dalam laporannya "Aliran Kewangan daripada Negara Membangun" meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar.

Bagaimanapun, dalam laporan terkini - dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 - GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.

Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama - China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).

Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...