Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 6 December 2011

Aku dan solat

Sebenarnya aku balik dari masjid solat maghrib  berjamaah malam td, tetiba terfikir nak menulis pasal  nak dapat kusyuk dalam solat. Aku tahu ramai lagi  gagal solat dengan kusyuk pasal tak solat...haha
kalau tak solat cmner nk khusyuk..haha .

Macam kes aku ini banyak benda  teringat ketika solat .Macam dalam solat tadi mcm mana leh  teringat kunci motor di mana aku letak, dapur gas kat rumah lupa tak tutup . kelam kabut solat tadi....isk isk


Kenapa bila ajer aku sembahyang macam- macam benda yang aku teringat. Ader kala ketika sujud la, rukuk la , ketika tengah baca surah la. Korang tak pelik ker ? Macam mana korang nak pelik, korang pun sama mcm aku...haha

Padahal aku dah tekad tu tadi. Dan tiap kali nak solat aku berazam ..aku mahu focus..focus namun masih gagal lg nak khusyuk.Iye ker ?


Itu belum lagi aku citer pasal penyakit was -was . Was - was pasal dah ambil wudhuk belum, Was was tentang sudah berapa rakaat sudah aku buat....isk isk kesian kan kat aku...


Aku sedih pasal aku baca firman Allah ni...

    Surah al-Mukminun (ayat 1 dan 2) bermaksud: “Sesungguhnya sudah berjaya orang beriman. Iaitu orang yang khusyuk dalam solat.”

Sebelum ini macam - macam pendapat orang aku tanya dan fikirkan cmner nak khusyuk solat : Antara jawapan yang mnarik aku kongsi kat sini...jawapan  yang tak menarik malas aku nak tulis...( buat letih ajer nak tulis, bukan pasal jawapn bodoh tp jawapn merepek ...antaranya xkhusyuk pasal result SPM aku teruk...apa kena result SPM aku dengan solat...hehe )

  • nak khusyuk seseorang itu mesti bersolat dalam keadaan tetap, tenang tanpa bergerak, bergoyang atau menoleh ke kiri dan ke kanan.( kalau terpaksa sperti ank menngis ker, ader orang masuk rumah ker camner erk ?  )
 Diceritakan suatu ketika Saidina Umar bin al-Khattab terpandang seorang lelaki yang sedang memegang dan bermain-main janggutnya ketika solat, lalu Saidina Umar berkata: “Seandainya khusyuk hati lelaki ini nescaya khusyuklah segala anggota.”

  • hendaklah memberi sepenuh perhatian, pemikiran, ingatan dan lintasan hati kepada solat yang dikerjakan dengan meneliti makna ayat-ayat yang dibaca dan menghayati keseluruhan solat itu sendiri tanpa memasukkan dalam ingatan perkara-perkara yang tiada kaitan dengan solat yang mengganggunya untuk khusyuk. ( nekad dan berazam dalam hati tiap kali nak solat )
  •  disaran makan dulu sebelum solat . Justeru, apabila seseorang hendak mendirikan solat, namun pada masa yang sama makanan sudah dihidangkan, maka Rasulullah memerintahkan untuk kita makan dulu sekiranya waktu solat masih panjang ( makan dan minum hanya 1/3 perut ajer..jgn nak bedal berpinggan- pingan itu pun beri kesan pada solat )
  •  kita dilarang untuk menahan kentut atau buang air kecil atau buang air besar sekiranya hendak mendirikan solat ( takut- takut terkentut dalam solat jk solat lama..ader kes kat masjid bunyi macm kentut tapi xde lak orang kuar...malu ker xtahu la..aku perhati kiri kanan sapa yang kuar mesti dia kentut tapi tp sampai ke sudah solat xde orang kuar...entah- entah aku kot aku pun tak pasti ..hehe)
  •  hendaklah solat dengan tenang. Jangan solat bagai ayam makan padi, belum sempat dahi kepala menyentuh tempat sujud, sudah kembali bangkit dengan tergopoh gapah? Solat macam ni sampai bila pun takkan kusyuk. ( baca dengan cermat dan jangn tergesa pertuturan dan perbuatan )
  •  hendaklah menyedari setiap pertuturan dan pergerakan dalam solat. 
  • hendaklah merasakan diri sangat kerdil dan lemah di hadapan Allah


Imam Ghazali RHM meletakkan beberapa pendekatan untuk kita khusyuk iaitu:




  • Pertama - hendaklah mengetahui dan memahami benar-benar solat yang dikerjakan.






  • Kedua - Ketika solat hendaklah berhampiran hadapan dinding.






  • Ketiga - Hendaklah sentiasa memandang ke tempat sujud.






  • Keempat - Tempat sujud janganlah ada sebarang gambar atau lukisan.









  • No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...