Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 22 November 2011

Rahsia doa dimakbul

  Tips doa akan dimakbul

  1.   Selalu bersegera dalam mengerjakan perbuatan baik.
  2.   Berdoa dengan (perasaan) harap dan cemas kalau doanya tidak dikabulkan. 
  3.   Khusyuk, tunduk dan patuh kepada Allah.

 Sebagai manusia yang mengaku beriman dan bertaqwa kepada Allah, kita wajib berperasangka baik kepada Allah. Boleh jadi apa yang kita doa kan seharian belum dimakbulkan ader sebab- sebab kenapa Allah tidak makbulkan.

 Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik kepadamu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”


Ader satu peristiwa yang kita patut ambil ikhtibar...

Peristiwa ini terjadi kepada kawan saya sendiri. Oleh kerana terlambat bertolak dari rumah kerana sebab- sebab yang tidak boleh dielakkan , kawan saya terlepas menaiki bas untuk mengikuti satu rombongan pelancongan ke luar negara. Punyalah marah dan mengamuk dia ketika itu sampaikan handphone yang ader di tangannya ketika itu dihempas sekuat hati ke jalan raya maka hancur berkecai lah handphone tadi. Dengan perasaan marah dan kecewa yang bersarang dihati kerana terlampau malu kerana sudah dihebohkan kepada kawan- kawan nya yang lain. Maka pulanglah dia ke rumah dengan perasaan malu yang teramat sangat dan kerugian dari segi wang kerana duit itu tidak akan dipulangkan kembali kerana kesilapan dipihak dirinya.
 Dan Alangkah terperanjatnya bilamana dia mendapat tahu beberapa jam selepas itu tentang berita yang
 bas yang mahu dinaikinya itu terbabit kemalangan mengerikan yang mana meragut nyawa seorang rakan nya dan rakan- rakan yang lain cedera parah. Ketika itu menangislah sepuas hatinya menyesal kerana perlakuan kasarnya sebelum itu....

Ternyata gagalnya menaiki bas dan menyertai rombongan  tadi sebenarnya ada hikmah, sebab jika dia berada bersama rombongan dalam bas, maka dia juga akan mendapat kecelakaan.



Sekadar gambar hiasan



Sekadar gambar hiasan



Sekadar gambar hiasan



Perlu diingat, mungkin seseorang memohon sesuatu yang menurut sangkaannya baik, tetapi menurut Allah akan mendatangkan keburukan bagi dirinya. Manusia memohon kekayaan, kalau diberi dapat merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari Allah. Kekayaan yang diberikan kemudian digunakan untuk melanggar ketentuan atau hukum Allah.

Allah berkeinginan menjaga dan melindungi hamba-Nya, memberi kurniaan pahala akhirat dan kebahagiaan syurga.


Dan bersyukurlah terhadap apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu kerana itu mungkin yang terbaik buat diri kamu dan jangan sekali2 menyalahkan Allah di atas apa yang telah terjadi kepada kamu..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...